Ketenangan Sekeping Hati
Sekian lama membuat janji untuk duduk di pinggir Pantai Bersih Butterworth, hari ini baru terlaksana. Janji itu telah dibuat sebulan kebelakang tetapi belum juga berkesampaian untuk menjejakkan kaki di pinggir Pantai Bersih. Bukankah semuanya telah Allah tetapkan untuk kita. Jika bukan hari ini, pasti esok. Walaupun dah niat sebulan lalu kalau Allah tetapkan hari ini, berarti hari ini lah akan menjejakkan kaki ke sini. Apa yang menarik sebenarnya dengan Pantai Bersih ini, sehingga suamiku langsung mengatakan "kita duduk di sini juga lah". Sambil menunjukkan mereka-mereka yang berada di pinggir pantai. Pantai itu menarik kerana berada di samping jalan raya, highway yang bermaksud jalan sehala dan berada di samping tol. Maksudnya setiap kali ikut jalan Butterworth mesti lalu dekat Pantai Bersih, mesti tengok banyaknya orang yang berada di pinggir pantai ini. Setiap hari terpandang pemandangan yang sama, pantai dan mereka yang mengamati panorama pantai, inilah yang membuatkan