Keputusanku

Akhirnya aku sedar apa yang harus aku lakukan. Sebelumnya aku sempat khilaf tapi sekarang aku bersyukur.

Cinta dalam hati memang susah untuk dimusnahkan. Aku dulu berfikir cinta boleh datang boleh pergi. Jadi aku tidak mempertahankan dia yang kusayangi dan dia yang menyanyangiku. Lalu aku yang pergi dan meninggalkannya sendiri.

Rasa bersalah selalu hadir. Tak ada lagi cinta tapi yang ada hanyalah perasaan bersalah dalam penyesalan. Aku menyesal tapi harus berbuat apa.

 Kini aku menikah dan dia juga sudah menikah. Cinta di masa lalu sebaik ya dikubur saja. Bukankah aku sudah dewasa untuk berfikir sebaiknya jangan ganggu dia di masa lalu dan fokus pada keluarga kecilku.

Lalu aku bertanya pada suamiku, tidak takutkah ia kalau aku tiba-tiba meninggalkannya disebabkan seseorang di masa laluku.

Dan jawapannya membuat aku merinding lalu terharu. Tidak mungkin aku akan meninggalkannya disebabkan posisi yang sekarang sudah berbeza.

Aku tidak mahu tau tentang posisi yang berbeza. Tapi aku tersentuh dengan keyakinannya. Aku tidak akan meninggalkannya. Dia yakin itu.

Padahal ramai temanku bilang aku tak setia. Teman setiaku juga bertanya apa mesti cari yang handsome kalau suka marah. Kenapa tidak yang biasa aja. Aku tetap dengan keputusanku. Suamiku mesti handsome terserah marah atau tidak. Memang menyakitkan hati kalau kami sama-sama marah. Tapi sekarang jarang sangat bergaduh. Setahun dua kali. Lagipun sejam kemudian kami akan berbaik lagi.

Lalu dia yang dimasa lalu. Aku tau dia pun tidak ada rasa apa-apa pun lagi. Rasa sakit hati ataupun dendam kepadaku sebab kami memang tak ada jodoh. Jadi untuk apa diperbesarkan masalah ini. Yang ada suamiku cemburu saja. Sehingga dia sensitif kalau aku sebut mantan. "Apa perasaan istrinya sekarang." Kata suamiku padahal aku hanya bergurau. Dia lagi cemburu.

Ok aku tidak akan menghubunginya lagi. Lelaki yang pernah hadir di masa lalu. Tetap jadi orang baik seperti dulu, tetap dengan dirimu sendiri dan tetap menjadi suami yang baik untuk isterimu. Biarkan aku berteman hanya dengan isterimu. Sebagai teman baik itu saja. Semoga perasaan bersalahku dimaafkan.

Dan aku, akan mencuba untuk melakukan yang terbaik di posisiku ini. Sebagai isteri kepada suamiku, sebagai ibu kepada anak-anakku. Inilah keputusanku.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tidak Untuk Pacaran

Takdir Allah

RINDU