RINDU

RINDU........

Bukankah rindu itu sebahagian dari cinta. Cinta itu perasaan untuk mencintai dan rindu adalah bentuk dari mencintai. Aku mencintaimu kerana itulah aku merinduimu. Hadirnya cinta lalu rindu menyusul. Rindu itu rasanya seperti ais batu yang terlalu nipis, aisnya keras tapi rapuh. Rindu seperti itu, rasanya tak tertahan lagi, keras tak tertahan seperti ais, yang membuatkan perasaan kita rapuh seperti tipisnya ais yang boleh pecah bila-bila masa. Begitulah ketika perasaan rindu itu hadir, perasaan itu membuatkan yang mustahil menjadi mungkin. Lihatlah Romeo yang rela mati untuk Juliet, bukankah jika ia bersabar sedikit lagi Juliet akan sedar dari matinya yang hanya 2jam. Rindu betul-betul membuat seseorang gila kerana cinta. Lihatlah bagaimana Syah Jehan menciptakan Taj Mahal untuk Mumtaz, bukankah Mumtaz sudah meninggalkan Syah Jehan terlebih dulu, tapi Taj Mahal kekal sampai sekarang walaupun Syah Jehan telah pun meninggal. Rindu itu gila, kerana itulah kisah Romeo Juliet, Syah Jehan dan Mumtaz kekal sampai sekarang. Kerana saling merindui,akan  menciptakan sejarah baru. Bahkan banyak lagi rindu-rindu menjadi lagenda sampai sekarang.

Rindu itu milik semua insan, bahkan Rasulullah manusia paling agung juga menitiskan air mata ketika berhijrah. "Wahai Rasulullah kenapa engkau menanggis?" Tanya seorang sahabat. " Aku merindui seseorang yang ada di Mekah." Ia Rasulullah merindui Siti Khadijah, padahal ketika Rasulullah berhijrah di Mekah Siti Khadijah telah wafat, Rasulullah tetap mengatakan Siti Khadijah dalam bentuk "seseorang yang ada di Mekah". Bagaimana tidak menitis air mata Rasulullah, Siti Khadijah begitu mencintainya. Selama 3 tahun pemulauan Bani Hasyim, Siti Khadijah tidak merasakan makanan yang lazat, mereka hanya makan akar kayu. Bagaimana beliau tidak merindui Siti Khadijah, selama 3 tahun Siti Khadijah tidak nyeknyak tidur malamnya hanya untuk memastikan Rasulullah selamat. Ketika Siti Khadijah merasakan detik kematiannya, Rasulullah lagi-lagi menitiskan air matanya. Air mata Rasulullah menyadarkan Siti Khadijah yang sedang kesakitan, kesakitan yang benar-benar sekarat. Siti Khadijah tetap tersenyum. "Wahai suamiku, untuk apa kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."Ketabahan itu nampak dari usaha Siti Khadijah. "Isteriku, sesungguhnya engkau yang dulu adalah seorang yang kaya, tetapi engkau sedekahkan semua hartamu di jalan Allah. Adapun engkau yang dulu hidup senang, makan kenyang dan tidurpun nyenyak tetapi engkau sanggup bersamaku. Aku tidak dapat menahan haru, sehingga mengalirlah air mata ini." Lagi-lagi Siti Khadijah tersenyum. "Duhai suamiku, andai dapat tulangku ini dijadikan pedang untuk melindungimu, ambillah ia, andaipun tulangku ini bisa menjadi jembatan buat umat Islam, aku relakan. Ambillah ia, walaupun aku wafat, aku ingin tetap melindungimu. Lalu detik-detik itu pun berjalan, dan Siti Khadijah meninggalkan Rasulullah untuk selamanya. Air mata rindu pun mengalir, mengenangkan kenangan Rasulullah bersama Siti Khadijah di Mekah.

Sungguh, rasa rindu itu begitu hebat, hingga mengalir air mata kita. Kisah cintaku mungkin tak seagung kisah Nabi Muhammad. Tapi, begitu juga aku, merindu seseorang yang aku cintai, seseorang yang jauh dariku. Aku sedar rasa ini, hadir ketika kami jauh, aku meluahkan apa yang aku rasa, namun ketika berjumpa rasanya biasa saja. Apakah rindu ini seperti kita berada di tengah air laut, kita minum sepuas-puasnya tapi tetap haus. Laut itu besar tetapi mengapa bisa jadi haus. Rindu itu ada tetapi jika terlalu diumbar-umbar mengapa rasanya tak cukup. Ah, aku tau rindu yang paling tinggi adalah menyembunyikan ia dan berdoa kepada Allah, maka Allah akan menjaga rindu ini, bahkan kekal selamanya.

Biarlah aku menyembunyikan rinduku padamu, suamiku. Biarlah aku merinduimu dalam doa-doaku. Biarlah semuanya aku serahkan kepada Allah. Biarlah.... Aku akan bertahan bersama Allah. Aku akan bertahan disini, bahkan semakin lama masa kita berpisah, semakin saling mencintai antara kita. Semakin mengerti bagaimana menghargai dan memahami. Biarlah aku merinduimu begitu sayangku.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tidak Untuk Pacaran

Guru dan Murid

Takdir Allah