Pertemuan Kita

Mei 2009

Zakiah kini sampai di airport Polania. Mereka berempat, Zakia dengan ayahnya. Airi dengan ayahnya. Zakia dan Airi ingin melanjutkan kuliah di Banda Aceh.

Zakia tengok sms dari seseorang yang ia sayang. Sayang yang datang tiba-tiba. Perpisahan yang tak dijangka.

"Saya tahu awak nak pindah, saya minta maaf atas semua kesalahan saya. Minta awak halalkan. Mungkin saya tak lepas dari sekolah ni. Saya tak tahu"

Ayah zakia singgah di tempat sewa telefon atau dipanggil wartel. Di situ ada lapan bilik. Empat berhadapan empat. Zakia masuk bilik sebelah ayahnya. Ia menangis. Rindu dan sedih. Melepaskan lelaki yang sms dia.

***
6 bulan sebelum berangkat ke Aceh.

Zakia dan Ibad baru pindah di sekolah baru mereka. Zakiah pemalu dan Ibad peramah. Di sekolah Ibad banyak kawan sedangkan kakaknya tiada kawan. Jadi, kakaknya selalu tunggu Ibad di asrama puteri setiap petang. Mereka bersembang dan gelak-gelak setiap hari.

Muhammad Abdullah suka tengok Ibad. Comel. Biasa budak asrama ada abang angkat dan adik angkat. Jadilah Ibad adik angkat Abdullah. Suatu hari Abdullah tipu Ibad, cakap kakak Ibad bagi surat kat Abdullah suruh jaga Ibad. Ibad terkejut dan Zakiah lagilah terkejut. Benda takde kan. Zakia suruh tanya apa nama panggilan Zakiah ke Abdullah.

"Ibad, kalau dia jawab Zara berarti dia kenal kak. Tapi kalau dia jawab Zakia. Bererti dia tipu." Ibad pun tanya.

"Abang, orang panggil Kak Ibad apa?"
"Zakia....Zakia" Jawab Abdullah sambil menyanyi. Ibad tahu Abdullah tipu Dan Zakia geram. Betul takde kerja.

Bila cuti, Abdullah selalu telefon Ibad dan Zakia yang angkat. Selalu. "Ibad ada?"dan balasannya adalah "Ibad takde."

Hamidah kawan baik Zakiah. Zakia tak pernah rahasiakan apapun tentang Abdullah. Jadi Hamidah anggap Zakia suka Abdullah. Hamidah dan kawan-kawan sekampung dia berkumpul. Telefon Abdullah.

"Abdullah, tau tak Zara suka hang." Abdullah terkejut. Tiba-tiba.
"Tipu sangat. Aku selalu telefon Ibad, dia angkat tak cakap apapun." Balas Abdullah.
"Dia malu lah tu. Zara kan pemalu." Abdullah terdiam, berfikir.
"Betul ke dia suka aku?" Dengan lurusnya Abdullah tanya. Gelaklah semua geng Hamidah.

Cuti sekolah habis, Zakia sekelas dengan Abdullah. Kelas mereka ada papan di tengah untuk membataskan antara lelaki dan perempuan. Di depan ada meja Ustaz untuk mengajar. Zakia di hujung, di depan Ustaz dan disebelah papan. Ketika rehat Zakia hairan ada bunga plastik dalam kotak pensilnya. Zakia letak balik di dalam tempat bunga di depannya. Zakia dapat surat tapi Zakia tak layan.

Semua akhirnya terjawab, Hamidah berterus terang. Pelan tapi pasti.
"Kami rasa Abdullah suka hangpa"
Terkejut Zakia, sampai hati Hamidah bagitau Abdullah Zakia suka Abdullah.

Cuti sekolah, Zakiah sms Abdullah. Cuba menjelaskan yang sebenar. Hamidah dan kawan-kawannya hanya main sahaja. Zakia tak suka Abdullah.

"Salam, saya minta awak anggap semua itu tak terjadi. Saya taktau apa-apa."
Zakia sms Abdulah dengan tangan mengeletar. Malu dan aib kini menjadi satu.

"Aku suka Abdullah. Takkan!" Bisik hati Zakia. Abdullah itu playboy, ada Sarah ada Najihah. Geleng-geleng kepala Zakia.

"Berani buat berani tanggung" Hanya itu balasan sms Abdulah. Zakia geram. Bukan salah dia. Kenapa dia yang tanggung.

"Saya tak suka awak. Saya tak nak sms dengan awak dah. Haram" Zakia balas.

"Manusia dijadikan berkaum, bersuku supaya saling mengenal." Balasan Abdullah diterima.

"Tapi kenal lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan," Zakia geram. Abdullah tak membalas lagi.

"Kak, Abang Lah minta maaf kalau Kak terasa dengan dia." Kata Ibad tiba-tiba. Rupanya dia sms dengan Abdullah.

Zakia ingat hanya Sarah dan Najihah yang kena gosip Abdulah. Rupanya Farahin, sebilik dengan Zakia marah, sebab Abdullah suka Zakia. Malam tu Zakia kena kurung. Kawan-kawan Farahin tahu Hamidah balik kampung jadi mereka berani. Zakia sorang.

Zakia diserang dengan perkataan demi perkataan. Satu demi satu Cuba menjatuhkan. Memang tak dipukul tapi mental diusik. Zakia telefon abahnya. Dicerita apa yang berlaku. Pilihan abah muktamad. Zakiah akan pindah ke Aceh.

****
"Kakak, jom." Abah memanggil dari bilik sebelah. Baru siap telefon Cik Fauziah, adiknya. Zakia bangun dengan longlai. Sms Abdullah dah berapa ratus kali dibaca. Macam dah hafal.

Rindu. Kini itu yang ia rasakan. Dulu, satu sekolah boleh pandang dari jauh. Sekarang, hanya tinggal kenangan. Apa lagi boleh buat.

Zakia tiba di Aceh, setelah tiga Hari di Banda Aceh abah pun balik Malaysia. Zakia ikut kegiatan bedah soal untuk ikut ujian di IAIN Ar Raniry. Hari ujian tiba. Zakia dapat sms.

"Mulakan hari dengan wuduk, jalanin hari dengan zikir, tetap istiqamah di jalan Allah" Dari Abdullah. Zakia seronok sangat sampai nak melompat-lompat. Abdullah sms.

Di tempat lain, seorang gadis baru selesai ikut ujian juga. "Aida, jom". Iya, namanya Aida.

Zakia membalas terima kasih. Sejak sangat itu Zakia dan Abdullah sms selalu. Suatu hari Zakia telefon Abdullah.

" Nak p mana?"
" Nak bagi parang" Zakia pening, apa maksud Abdullah.
" Diorang kata kami kacau tempat diorang, kena pukul. Sekarang kami bawa parang sebab kacau tempat kami." Zakia terkejut, dah macam dalam film gengster. Zakia merayu dekat Abdullah tapi Abdullah tak dengar. Zakia sedih dan kecewa.

Di Aceh, Zakia naik basikal jalan-jalan. Suatu hari tengah Zakia jalan dengan basikal, pintu kereta terbuka kena Zakia dan terjatuh. Zakia telefon Abdullah, Zakia nak cerita macam mana kalau Zakia mati tadi.

"Hello, sekejab, jab. Kawan masuk penjara." Belum pun Zakia cerita Abdullah dah tutup. What? Penjara? Tapi Abdullah sibuk. Takkan nak tanya lagi kot.

Zakia sms senior Zakia. Zakia cakap Zakia jatuh, ada yang buka pintu kereta. Senior Zakia terkejut. Dia belikan Zakia minyak putih dan buah pala untuk kurangkan bengkak. Zakia terharu.

Kawan Abdullah sms Zakia. Zakia cakap mungkin jodoh Zakia dengan orang Aceh. Jannah bagitau Abdullah, Zakia cakap jodoh Zakia dengan orang Aceh. Abdullah marah semarahnya. Zakia tak balas lagi sms Abdullah. Abdullah cakap nak minum arak, Zakia kecewa.

Lama takda kabar, Zakia say hi ke Abdullah.

"Sori ni kawan Lah, Lah masuk hospital." Zakia terkejut, kenapa pulak masuk hospital.
"Lah accident sebab tak balas sms dia"
"Sms apa?
"Sms minta gambar"

Luruh hati Zakia, tak bagi gambar sampai macamtu. Sebab Zakia lurus bendul, apa yang Abdullah cakap semua Zakia percaya. Zakia dan Abdullah mula sms abang, sayang. Abdullah marah takde perkataan abang, sayang. Wajib ada dalam setiap sms.

Suatu hari, tiba-tiba Abdullah minta izin pi pesta merdeka. Bukankah pesta merdeka tak elok, tempat maksiat. Abdullah tak dengar Zakia larang, Abdullah pi jugak. Zakia kecewa lagi. Zakia doa selalu supaya Abdullah jumpa mana-mana perempuan lain. Zakia nak lepas, bagi Zakia, Abdullah pelik. Lama Zakia sabar, tapi Abdullah setia. Zakia pening macam mana nak pisah. Bila Zakia cakap Zakia insaf Abdullah marah. Abdullah mula mengongkong. Zakia jadi takut.

Waktu itulah senior Zakia, menjadi penyelamat. Menjadi seseorang yang bertolak belakang dengan Abdullah. Zakia tenang dengannya. Boleh senyum, gelak ketawa. Bersama senior tu lenyap ketakutan Zakia.

Suatu hari, Zakia pinjam laptop senior. Tanpa sengaja Zakia terbaca luahan hati senior tersebut untuk Zakia. Hati Zakia berbunga-bunga. Zakia suka perasaan macam ni.

Cuti semester tiba, Zakia balik Malaysia. Zakia ragu dengan Abdullah. Setahun, Zakia jadi pening, rasa tak sehaluan. Zakia nak lelaki yang baik. Akhirnya Zakia sms senior Zakia.

"Abang, kalau Zakia suka dengan yang lain, sedih tak."

"Sedihlah." Jawapan seniornya membulatkan tekad. Zakia akan berpisah dengan Abdullah. Hati Zakia lebih tenang dengan senior yang sekarang. Malam itu juga, Zakia telefon Abdullah.

"Assalamualaikum awak"
"Wa'alaikumsalam sayang"
"Euy gelilah panggil sayang, nak termuntah"
" Geli pulak? Sebelum ni panggil abang sayang tak termuntah pun" Abdullah ketawa. Zakia terdiam lama.

"Awak, saya nak bagitau awak sesuatu boleh tak?Macammana kalau saya nak setia dengan orang lain?" Fikiran Abdullah terdiam lama.

"Sampainya hati awak, selama ini saya setia dengan awak tapi macam ni awak buat saya. Saya akan kembali jadi jahat lagi, playboy lagi, saya akan kecewakan balik hati semua wanita. Semua sebab awak"

Panggilan dimatikan. Telefon tak diangkat. FB diblock. Selesai. Abdullah hilang sekelip mata.

Zakia bahagia dengan seniornya. Tapi bahagia tak lama. Zakia minta abah izinkan menikah tapi tak izinkan sebab jauh. Tiga tahun Zakia bersama senior lenyap sudah. Tak dapat diteruskan lagi. Zakia pening.

Zakia sms crush Zakia, seseorang yang selama ini zakia kagumi. Dari pertama matrik sama saat ini. Crush Zakia suka dengan anak Ustaz. Pening.

Zakia kenal dengan seseorang. Handsome tapi kasar. Bahkan Zakia suka pun sebab dia dekat dengan rumah Cik Fauziah. Zakia usahakan hati ni supaya suka tapi selalu kecewa. Selalu kena marah. Tahan.

Sampai saya contact FB Abdullah lagi setelah tiga tahun. Zakia pening. Nasiblah.

"Apa kabar?"
"Baik."
"Macam-mana kalau saya balik dengan awak?
"Boyfriend tak marah ke?"
"Saya tak de boyfriend lah?"
"Saya tak percayalah. Takkan awak tak boyfriend."
"Iyea, saya takde"
"Tak percayalah." Zakia dah malas layan Abdullah. Nasib baik. Kalau tak terpaksa menjalani hari-hari seperti dulu. Tapi takpa Abdullah kan setia. Pening sangat Zakiah.

Akhirnya menikah juga dengan Riski Munandar. Lelaki yang paling banyak buat Zakia kecewa. Selalu sabar, tahan, tahan dan sabar dengan lelaki ni. Sebab Zakia pengedar stiker dan Riski agen stiker kami kenal. Sebab Riski asal Lhoksemawe dekat dengan Bireun tempat Cik Fauziah menjadi pemungkasnya, Riski diterima dan sebab paling utama adalah Riski handsome. Cukup sudah syarat menjadi suami Zakia.

Awal pernikahan setiap hari menangis kena marah, kami belom sesuai. Belum tahu menikah itu apa. Selalu beza pendapat. Ini salah itu salah. Hancur. Zakia asyik teringat seniornya. Perlahan-lahan kami tahu arah tuju pernikahan kami. Sama-sama saling membantu.

Di fb Zakia di add pertemanan. Zakia tengok profilenya. Aida Fitrah. Gambar Conan. Zakia pun suka Conan. Disebabkan Conan mereka menjadi rapat. Pertemuan pertama hari Sabtu di Masjid Baiturrahman. Makan ayam bakar Wong Solo. Minggu selanjutnya keliling Suzuya Banda Aceh. Kemudian suasana dah mula cair. Makan di Suzuya Batoh,pizza setelah es teller Amanda tak buka. Minggu depannya makan di Blang Bintang, mee goreng dan rujak.

Aida suka pantai, suka sawah dan kapal terbang. Aida suka bercermin tapi malu. Suka yang simple-simple dan suka jaga image. Setelah dekat Zakia mesti pulang Malaysia. Aida hantar, dapat rencong dengan pinto Aceh. Aida betul-betul selalu mengingatkan Aceh di hati Zakia.

Semoga selanjutnya akan ada pertemuan kita kembali. Selalu dan selamanya.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tidak Untuk Pacaran

Takdir Allah

RINDU