Hadiah 5 tahun pernikahan ini

21 October pernikahan kami yang ke 5 tahun. Dan tepat pada tahun ni kami semua demam. Ujian adalah rahmat dan sakit adalah ujian jadi sakit adalah rahmat untuk mereka yang taat dan sabar. Abi zara mula demam hari sabtu minggu lepas sebelum tu aku demam hari khamis.  Alhamdulillah dua hari dah sembuh. Jadi aku usahakan yang terbaik utk abi zara. Aku bagi dia rehat secukupnya aku masak yang sedap2.  Ayam penyet, tomyam ayam, sotong goreng,  sotong tumis kacang panjang. Apa dia nak aku beli pisang, betik, ubat kat farmasi, dia tak larat p dokter, tiba-tiba zara kena ulser, mata ikan atau sariawan atas bawah dalam bibir dia. Meraunglah tak boleh makan. Aku p beli ubat kat farmasi, macam ubat gigi, memang pedas lah. Setiap dia guna ubat tu, dia mengamuk kat aku. "kakak takmau pakai ubat ni" habis air liur menitik satu rumah. Aku faham dia sakit aku kata kakak tidur umi bagi kak tengok hp. Sambil dia  tengok hp tu lah aku sapu2 ubat bila dia nak marah aku  cakaplah kan umi dah bagi kak  tengok hp. Diam dia. Yang penting kita slow talk dengan dia. Cakap baik-baik bukan lama pun bagi hp tu. Untuk ubat meresap je. Dan sabtu zara sembuh ulser dia tapi batuk, panas ada lagi. Hari khamis aku nak cari kelapa untuk zara dan abi zara. Nak buat ubat kacau dengan telur kampung. Waktu keluar panas elok. Waktu nak balik hujan lebat. Aku lapar aku belum masak. Sampai rumah aku menangis, lapar, khaira nak ganti Pampers, zara nak susu yang baru je aku beli. Sebab depa demam aku ikutkan. Tapi dalam perut hanya Allah je tahu. Sebelum p aku jemur baju, waktu balik baju dah lencun, basah sangat. Sengaja aku p waktu depa tidur jadi takde sape pun yang tahu aku keluar... Aku kutip kain dan basah tu.. Yg baju budak aku sangkut dalam rumah. Yang pakai hanger aku sangkut juga dlm rumah. Basah rumah aku tiap kali basah aku lap, sambil tu aku solat zuhor dlu dah dekat pukul 2. Habis tu aku masak, aku masak tumis tempe dengan kacang panjang. Suami aku pegang anak-anak main dalam bilik. Dia kata jangan pendam2 bagitau je semua. Aku cuma lapar sebab aku ni badan jenis berisi sangat bila lapar masak, dan makan, jdi bila lapar sangat teremosi sikit. Alhamdulillah bila dah siap makan aku tenang sangat. Walaupun bunga kobis tak berapa masak sebab aku terlalu lapar tapi aku cicah dengan sambal tempe, bunga kobis dan kacang panjang. Aku dah okey sangat2 okey.  Petang tu aku cari lagi kelapa untuk abi zara dan zara waktu p panas waktu balik hujan lebat. Ya Allah dua kali dah kena hujan, kelapa tak dapat aku beli laksa untuk abi zara. Sampai rumah badan aku sejuk sangat2. Esok hari jumat aku p sekolah aku suruh. Sebab dia tak p dari hari isnin, semua dia tak boleh, ajar budak mengaji, ajar kawan mengaji, aja qariah surau mengaji. Jadi hari jumaat dia nak p sekolah nak buat soalan dan RPH rancangan pembelajaran harian sampai di sekolah ada accaunation - ekon-ac sejuk lah dia. Semua tak boleh buat. Aku kat rumah masak mie dan beli laksa mmg tak larat nak buat apa, berdiri sikit sakit perut, sakit kepala. Abi balik terus aku p hospital ambil ubat. Aku kena sembuh sapa nak jaga semua. Sebab khaira pun panas juga. Makan ubat kurang sikit tapi malam ni aku menggigil macam dok dalam ekon sampai suami aku tempek cool fever yang dia beli utk budak2. Dia bagus dia jaga aku, jaga anak2 aku walaupun dia masih sakit lagi.. Dia tak tidur ayun khaira, sbb khaira Kejab2 jaga.  Dia duk temankan yang banyak sangat songeh. Aku cakap p tidur. Aku tak boleh tidur juga sebab badan sakit semua biar aku jaga khaira. Ayun khaira. Tengah tidur dia batuk2.  Aku tahu dia risau sangat seminggu tak mengajar habis tu duit keluar-keluar terus. Aku tahu dia susah hati, baru je bulan ni dia kata ada duit sikit nak buat lesen kereta untuk aku. Dia nak anak2 kami tak kena hujan dan panas, zara tak tertidur di depan waktu dia bawa motor. Aku pegang tangan dia, aku kuatkan dia. Kita mana pernah sakit macam ni.  Kita taat dan sabar Allah nak dekat dengan kita.  Aku tahu aku tak dapat kuatkan dia sekurang-kurang aku nak dia atau aku akan ada di waktu dia sakit dan di waktu dia susah. Aku rasa ini rahmat Allah yang Allah kurniakan kepada kami. 5 tahun pernikahan kami tetap sayang, kami tetap kasih, kami tetap struggle. Kami tetap bersama macam hari pertama kami nikah. Habis kami nikah kami naik bas ke Banda Aceh malamnya, ada tempat kosong,  suami aku bagi duduk. Makcik sebelah tanya itu abangnya ya. Aku cakap itu suami saya. Rasa nikmat dapat cakap itu suami saya luar biasa sekali. Ada suatu saat kami sampai pukul 3 pagi, ibad tertidur jadi dari lampenerut kami naik becak. Sampai rumah pagar terkunci tak kan nak bising kot. Kami pun panjat pagar. Abg buka kunci ikut tingkap, terbuka, bangun pagi ibad terkejut. Hehehe. Kami suami istri tapi kami bestfriend terbaik. Saling menguatkan dari pertama pernikahan sampai akhir. Aku suka belajar aku cakap kalau ada duit aku nak sambung belajar. Dia kata okey sekarang ambil lesen kereta dulu abis tu nak belajar apa pun ikutlah.  Sebab dia penyemangat aku, aku pandai masak, aku pandai kemas rumah, urus baju. Aku janji aku akan dengar kata dia sebab aku nampak cinta dia utk aku ikhlas. Dari dlu dia kata akan beli singki untuk aku. Dah sekarang aku dah dapat apa yang dia kata kan tu... Inilah hadiah pernikahan yang terbaik tahun ni. Masih bersamamu masih kuat masih sabar masih sayang. Terima kasih Allah atas semuanya. Aku bersyukur sekali dengan nikmat ini. Carilah suami mu yang taat agama maka dia akan muliakan istrinya.. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tidak Untuk Pacaran

Takdir Allah

RINDU