Cinta Fara Delisya


Hari ni hari last semester bagi student universiti, setelah exam terakhir semua pelajar akan bercuti. Fara Delisya baru keluar dari kelas peperiksaan terakhirnya. Fara sengaja tunggu sahabat baiknya Riana di luar kelas. Tiba-tiba Fara terpandang Fazli Haikal, crush dia. Fara seolah-olah tak peduli dan Fazli Haikal melaju ke arahnya. Jantung Fara berdegup kencang.

"Fara Delisya boleh saya cakap dengan awak" Suara yang paling Fara tunggu-tunggukan. Empat semester hanya melihat dari jauh dan hari ni suara itu menyapa dia. Fara pun menggangguk dan Fazli Haikal ajak sembang di kantin sambil makan-makan.

Makanan pun dah dipesan dan mereka sama-sama diam. Dua-dua malu.

"Awak nak jumpa kenapa"

"Err awak" Dua-dua tercakap pada waktu yang sama. Malu lagi.

"Sebenarnya saya.." Faizal Haikal terdiam lagi... Fara Delisya hanya tunggu apa yang ingin Faizal sampaikan. Lama. Senyap. Jantung Fara macam lari 100 meter. Kenapa Faizal ni. Faizal tutup mata rapat-rapat.

" Fara sebenarnya saya suka awak dari first kita jumpa tapi saya tak berani nak bagi tau awak. Sebab kita nak cuti sem saya beranikan diri saya bagitau awak. Kalau awak tak terima pun takpe" Lama mata Faizal tertutup. Pelan-pelan Faizal buka balik mata dia. Malu. Dia hanya memandang Fara dengan rasa rendah diri. Fara terkejut tiba-tiba Faizal cakap macam tu. Macam baru kena bom hati dia. Tapi dia tersenyum.

"Takde alasan untuk saya tak terima" Fara tersipu sampai senyum sambil tutup mulut.

"Hah?" Mulut Faizal terlopong macam tak percaya apa yang dia dengar. Fara anggukkan kepalanya.

"Yes!!" Semua tengok Faizal. Apesal mamat ni. Faizal tengok sekeliling, sory sory, sambil angguk kepala dia.

"Tapi ada syarat, sebelum kita jadi bertunang dan kawin. No communication, walaupun SMS, whatapps, fb dan sebagainya kalau boleh sekarang pun jangan bagi nomber masing-masing" Faizal terkejut.

" Kenapa??"
" Saya nak fokus pelajaran " Dan Faizal pun terpaksa mengganguk bila dengar suara lembut Fara. Mereka berpisah sambil tersenyum.

" Jumpa lagi next sem" Itulah pesanan terakhir Faizal.

*****
"Aku nak sembunyi Riana, sembunyikan perasaan aku.  Biar tak de yang tahu isi hati aku termasuk dia. Sebab aku takut nanti muncul masalah besar ." Kata Fara Delisya kepada Riana Isabella,  kawan baik dia.

Waktu itu Riana Isabella tengok Fara termenung je, Riana Isabella  tanya sebab apa. Rupanya Fara Delisya tengah jatuh cinta jadi Riana Isabella dengar saja lah. Tak nak tanya lebih dan Fara pun sambung termenung lagi.

Biarlah. Biar aku saja yang rasa. Cinta ini datang tiba-tiba, mana pernah aku paksa. Menolog hati terdalam Fara.

"Riana salah ke aku suka dekat seseorang?" Riana pun peluk Fara sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau tak salah Fara" Kedua sahabat ini pun berpelukan erat.

Fara teringat tadi ketika dia daftar untuk semester baru, nama Faizal Haikal tiada. Fara tanyakan staf rupanya Faizal Haikal cuti. Fara terkejut seseorang yang dia suka dalam diam dah menghilang tiba-tiba, padahal mereka baru melangkah satu langkah dah hatinya kecewa.

Kenapa Faizal cuti semester, sebab dirinya kah??? Fara kembali termenung.

****
Semua cerita ini bermula ketika awal perkenalan student baru. Waktu orientation student  baru, Faizal Haikal aktif dan disitulah Fara Delisya merasa Faizal menarik. Bagi Fara,  Faizal seseorang yang mempesonakan. Ketika mereka berjumpa dengan senior course Faizal berani mengungkapkan keluh kesahnya dan memberikan penyelesaian masalah untuk keluh kesahnya. Macam awal perkenalan student menurut Faizal mestilah berfaedah sikit. Bawa student baru keliling campus, kenalkan dengan persyarah dan jelaskan serba sikit tentang pelajaran yang akan belajar. Walaupun senior tak terima pandangan Faizal tapi Fara suka dengan semangat Faizal. Disitulah perasaan suka Fara kenapa Faizal muncul.

Ketika dalam kelas, Fara selalu nampak semangat Faizal dalam belajar. Bila tak faham mesti tanya pensyarah, setiap subjek macam tu. Fara tengok saja Faizal dari jauh. Bila Faizal masuk organization islamik di campus Fara join. Fara cuba aktif macam Faizal, di kelas untuk score subjek, di organization untuk aktif. Walaupun Fara dan Faizal mereka selalu berjumpa tapi mereka tak pernah bersembang lebih kecuali bila ada benda penting dan mustahak. Jadi bila Faizal kata nak cakap sesuatu Fara terkejut. Selama ni Fara hanya suka dalam diam, curi-curi pandang dan menyimpan perasaan yang ada. Tiba-tiba dapat luahan perasaan dari crush sape yang tak suka. Baru je nak berbunga-bunga eh crush dah lari.

Begitulah yang Fara alami. Hati dia rasa kecewa sangat, Faizal hilang tiba-tiba. Tapi Fara kuatkan diri dia. Bagi dia, dia belum apa-apa pun dengan Faizal. Tunang bukan suami pun bukan. Untuk hilangkan kekecewaan, Fara selalu buat solat sunat dhuha dan hajat di masjid campus, selalu berdoa Allah berikan yang terbaik untuk dirinya.
Suatu hari ketika Fara baru siap menunaikan ibadah harian dia, Fara ditegur oleh seseorang.

"Assalamualaikum, minta maaf mengganggu" Fara mengganggukkan kepalanya tanda dia tak diganggu.

"Nama saya Ahmad Syahid, saya pengurus masjid campus tapi jangan risau saya student juga, student Usuludin" Fara angguk lagi tanda faham.

"Saya nak syorkan kalau cik tak keberatan bolehlah join dengan kami sebagai ahli masjid ni" Fara tersenyum. Oh itu maksudnya.

"Nama saya Fara Delisya, boleh je" Akhirnya Fara resmi bergabung sebagai ahli masjid campus. Jadi setiap program yang dianjurkan oleh masjid, Fara akan menjadi panitia.

Lama-lama Fara nampak Syahid macam Faizal, semangat dia untuk organization, tapi di kelas tetap score. Dua semester Fara kenal Syahid, rasa untuk Faizal hilang. Akhir semester enam telah tiba. Hari ni juga hari akhir Fara ke masjid. Untuk bincang segala program yang telah mereka siapkan sebelum ni. Setiap kekurangan akan diperbaiki lagi tahun depan. Mesyuarat pun selesai setelah dapat semua feedback dari ahli masjid dan mereka pun dapat mengambil keputusan untuk perbaikan masa depan. Akhirnya mereka bersurai. Waktu Fara tengah bersiap nak balik, Fara dapat sms dari Syahid.

"Fara tunggu saya kejap, saya ada hal sikit" Fara pelik juga, tak pernah Syahid bagi sms macam ni. Fara ikutkan saja. Bila semua dah bersurai, di tempat mereka mesyuarat, di teras masjid. Syahid yang jauh dari Fara dua meter akhirnya bersuara.
"Terima kasih Fara dah tunggu saya" Fara hanya tersenyum tanda dia tak masalah pun tunggu Syahid dan dia angkat kening bermaksud ada apa suruh dia tunggu. Syahid yang faham dengan maksud Fara terus gelabah. Fara rasa dia pernah berada dalam situasi ni. Waktu Faizal luahkan isi hati dia.

"Syahid, awak suka saya ke?" Waktu tu merah muka Syahid. Bulat mata dia. Terkejut Syahid dengar  Fara to the point.

"Errr" Syahid pun mengganguk dan Fara tersenyum.

"Saya pun suka awak juga." Dua kali terkejut. Apalagi dia tengok Fara catit sesuatu di kertas.

"Ni alamat rumah saya, bila free kenal-kenal lah dulu dengan mak ayah saya. Waktu tu saya sembunyi dalam bilik je. Mai je bila nak mai, nanti saya bagitau mak dan ayah saya. Kan ni dah cuti semester" Fit dan complete, tiga kali Syahid terkejut dan boleh telan ludah je. Bila dia sambut je kertas dari tangan Fara, Fara pun pergi.

"See you next sem" Itulah kata terakhir Fara dan Syahid tak lepaskan pandangan dari kertas yang Fara bagi. Jantung dia berdegup laju.

Nak jumpa mak ayah mertua ke ni, kata Syahid sambil lompat dan tiba-tiba dia tengok keliling. Nasiplah takde orang.

****
"Assalamualaikum mak, abah" Fara pun masuk rumahnya sambil tengok mana mak dan ayahnya. Ada pun, tengah makan pisang goreng dan minum teh kat meja makan. Elok. Bisik hati Fara.

"Wa'alaikumsalam, mai Fara makan. Ha ada apa panggil kami" tanya mak Fara. Fara pun duduk bila dah cuci tangan. Dia pun ambil pisang goreng dan makan.

"Emm macam ni" sambil gigit sambil cakap. Mak abah Fara hanya tunggu apa yang Fara nak cakap.

"Tadi kat masjid campus, ada student ni, tahan Fara habis mesyuarat, dia bagitau dia suka Fara, Fara kata lah mai lah jumpa mak ayah dulu jadi Fara pun bagilah alamat rumah kita. Jadi mak abah prepare je, bila-bila dia nak mai sebab Fara mana lah tahu kan" kata Fara dan terus makan pisang goreng.

"Ya Allah bang, anak dara satu-satunya kita dah nak jadi bini orang bang" Mak  Fara macam tak percaya. Ayah Fara senyum je. Dah sampai masanya.

"Ayah setuju dengan cara kamu Fara, betullah tu, kenalkan dengan kami dulu dari kamu berdua couple kan, nanti pergi sana pergi sini, jadi apa-apa bukannya kita tahu kan" Fara senyum je dengar mak dia yang excited dan ayah dia yang tenang. Tugas dia dah selesai tinggal Syahid je, bila dia nak datang. Mungkin tahun ni merasalah Fara jadi raja sehari tak lama lagi. Akhirnya Fara dan mak ayahnya melanjutkan percakapan mereka tentang macam mana jadi seorang isteri dan sebagainya

****
Cuti semester tengah berjalan, tapi bayang Syahid tak nampak pun. Mak Fara dah risau jadi ke tak ni. Fara pun apalagi, sabarlah mak, kalau jodoh tak kan kemana pun.

Di luar bunyi kereta, Fara tengok siapa yang datang,

“Mak, Syahid datang mak!”  Mak Fara seronok sangat. Kelam kabut mereka berdua.

"Assalamualaikum" Syahid menyapa mereka yang ada di rumah.

"Wa'alaikumsalam masuk nak, duduk-duduk." Syahid salam ayah Fara lalu duduk.

" Duduklah dulu Syahid, makcik dengan Fara pi kat dapur sat, sembang - sembang dengan pakcik" Syahid menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Fara dan ibunya pun bergegas ke dapur.

“Alhamdulillah sampai juga Syahid kat sini Fara” Fara hanya tersenyum. Ketika makanan semua siap dihidangkan Fara minta diri masuk ke bilik.

“ Makanlah Syahid, Fara ni pemalu sikit, tapi bagus juga ada batas jaga diri jangan sampai hilang malu sudah.” Ayah Fara melawak tapi Syahid hanya mampu telan ludah. Dalam maksud ayah Fara. Pertemuan mereka berjalan lancar. Mak ayah Fara okey je dengan calon menantu mereka. Fara pun okey je kalau tak ada halangan bolehlah keluarga Syahid merisik dan bertunang.

****
Awal semester tujuh kini bermula dan Fara akan sibuk dengan final last project, sebelum viva dan konvokesyen. Namun Fara tetap tak melupakan kegiatan hariannya, menunaikan solat dhuha dan hajat di masjid. Setelah selesai menunaikan solat, Fara pakai kasut dan nak pergi sampailah dia mendengar suara yang dulu pernah ada di hatinya.
“Fara.” Fara melihat ke belakang. Faizal Hidayat hanya tersenyum. Senyum paling manis.

“ Awak, selama ni buat apa je?” tanya Fara dalam keadaan terkejut. Baru Faizal nak jawab soalan Fara, Syahid datang dengan muka kelat.

“Fara ni siapa?” Faizal kecewa.

“Ni kawan sekelas saya Faizal Hidayat.” Kekecewaan Faizal semakin tinggi.

“Saya Faizal Hidayat, awak siapa ye?” Faizal cuba untuk tersenyum.

“Saya Ahmad Syahid, bakal tunang Fara.” Faizal terasa.

“Tahniah” Kata Faizal lalu dia pun minta diri dengan kekecewaan yang mendalam. Fara jelaskan ke Syahid mereka tak ada apa-apa pun, cuma jumpa depan masjid je. Syahid terima penyataan Fara dengan berat hati dan Fara pun minta diri.

Sejak saat itu Fara kerap nampak Faizal di campus, mereka seperti orang asing dan Faizal tak terurus, baju selekeh, kasut selipar, rambut tak sikat dan junior Fara pun kata Faizal suka tidur dalam kelas. Fara kecewa melihat keadaan Faizal yang macam tak ada tujuan hidup.

Di perpustakaan ketika Fara tengah siapkan bahan untuk last project tiba-tiba Sazali, kawan baik Faizal menyapa dia. Sazali menyatakan keadaan Faizal yang sebenarnya kepada Fara.

“Sebenarnya Fara waktu cuti sem dua, ayah Faizal kena stroke, Faizal ada dua orang kakak yang dah kawin dan mereka pun sibuk dengan anak dan suami mereka. Jadi Faizal pun offer jaga ayah dia sampai sembuh. Setahun lepas tu, ayah Faizal meninggal, Faizal pun jaga mak dia yang sedih hati sebab suami dia meninggal. Rupanya mak dia simpan rasa dalam-dalam, rasa tak boleh terima kehilangan suami. Enam bulan kemudian mak Faizal meninggal dalam sujud. Faizal lah yang paling kehilangan sekali sebab mak ayah dia meninggal depan mata dia. Tapi dia ada harapan Fara, Harapan dia, bila dia datang campus, dia dapat berjumpa dengan cinta hati dia dan mereka akan menikah. Tapi Fara tau sendiri kan cinta hati dia nak bertunang dan apa yang jadi dengan Faizal. Dia kehilangan segala-galanya. Saya minta Fara tolong explain baik-baik dengan Faizal kalau dia tak kehilangan apa pun. Itu je saya nak bagitau Fara. Saya pergi dulu” Fara terkejut, jadi ini sebab Faizal cuti semester. Fara kemas buku-buku dia dan sekarang dia nak cari Faizal.
Fara cari dimana-mana dia tak jumpa, sekarang dia nak naik tangga ke atap tiba-tiba telefon dia berdering. Fara angkat.

“Fara, saya minta maaf, awak kat no communication kan, jadi saya betul-betul no communication tapi saya tak sangka akan kehilangan awak dan segala-galanya. Fara saya dah penat, saya letih tapi apapun saya harap awak bahagia.”

“Faizal, awak kat mana” jerit Fara dan tiba-tiba Fara terdengar jeritan di atas tangga. Ada yang jatuh, mereka kata. Fara berlari sekuat hati. Faizal jatuh dari atas dan pengsan. Fara amik hp Faizal yang tertinggal di atas dan telefon Sazali. Bila Sazila datang mereka pun bawa Faizal secepatnya ke kereta.

“Awak ikut Fara?” Tanya Sazali dan Fara mengangguk. Mereka pun pergi.

Fara tak sedar belakang dia ada Rania dan Syahid. Syahid terkejut bila Rania bagitau Faizal tu cinta pertama Fara dan sekarang Syahid tengok depan mata dia sendiri macam mana Fara bila Faizal sakit. Rania waktu tu memang cemburu dengan Fara, sebab dua lelaki suka Fara sedangkan dia, tak de sesiapa pun yang suka. Jadi bila Syahid tanya tentang Faizal, Rania bisik dalam hati, mungkin ini kesempatan dia, bagi Syahid suka dia. Dan Syahid, bila memikirkan Fara tak dapat lupakan cinta pertamanya, Syahid terpaksa mengalah dan keinginan dia hanya untuk Fara bahagia. Disitulah Rania tempat Syahid meluahkan isi hatinya dan bagi Rania disinilah tempat dia memulakan hubungan yang baru dengan Syahid.

Di hospital dokter mengatakan Faizal beruntung tak cedera atau patah tulang cuma lebam-lebam je. Itu antara kebaikan Faizal selalu exercise macam lari-lari pagi dan olahraga. Sazali pun telefon kakak-kakak Faizal. Fara tengok keadaan Faizal dan akhirnya Faizal sedar.

“Fara, awak buat apa kat sini, nanti tunang awak marah?” Fara hanya menggeleng kepala dan minta Faizal diam dulu, kali ni biar Fara yang cakap sebab ada urusan yang tak selesai antara mereka.

“Faizal, cinta memang menakutkan, walaupun kita belum mulakan cinta ini, tapi saya tak mau tengok keadaan awak macam ni. Tolonglah Faizal, tolong bahagia, meskipun bukan sebab saya tapi bahagia untuk diri awak sendiri. Awak, saya dan semua orang berhak bahagia, awak boleh pilih kebahagiaan yang awak nak, semuanya dengan hati yang tenang. Jangan rasa hidup sebagai beban, fikir positif kenapa awak hidup, mesti ada sebab kan. Ingat Allah selalu, itu akan buat awak tenang Faizal.” Faizal hanya mendengar ucapan Fara.

“Fara, saya akan cuba Fara, cuba ikhlaskan semua yang berlaku kepada saya. Awak tolonglah bahagia dengan bakal tunang awak. Kita sama-sama akan mulakan hidup baru” Faizal hanya mampu memalingkan mukanya tanpa melihat Fara. Fara mengangguk dan berlalu pergi. Mereka sama-sama menangis, dan kini mereka akan menghilangkan cinta pertama yang belum dimulai ini. 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Tidak Untuk Pacaran

Takdir Allah

RINDU